Wednesday, August 24, 2011

Peneram





Semalam tolong mak mertua buat kuih peneram....ada gak yang panggil telinga hindu. Disebabkan nora tolong cepat sikit siapnya. Bancuhan 2kilo tepung boleh siap dalam sejam lebih sikit je. Kalau mak mertua buat sesorang...makan masa 2hari hehehehehe. bukan apa bila penat bancuhan disimpan balik ke peti ais.
Prosesnya yg lambat adalah menggoreng. Tapi nora tak menggoreng tolong terap je....sampai tak terkejar lak mak mertua nak menggoreng. hehehehe
Minat nak buat ke??? bahan senang je. Gula merah sekilo dikeluarkan secawan dimasak ngan air 2cawan. bila dah hancur gula merah di bancuh dengan tepung beras satu kilo. pastu boleh dicanai dan diterap. Sukatan nie boleh dapat sehingga 2kilo kuih....kalau buat nipis2 lebih comel dan lebih banyak tapi lebih memenatkan.

Selamat Hari Raya 2011


Assalamualaikum.... Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Hari kebangsaan. Agaknya ramai tak pakai baju melayu bendera malaysia....hehehehehe.
Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati ya. InsyaAllah, Kami sekeluarga akan berada di Perlis pada Hari Raya ke 2 disebabkan Raya pertama suami kena berkhidmat untuk negara. Kami redha dan tetap bersyukur dan akan menyambut raya dengan gembiranya untuk anak-anak.
Amirul dan Irfan dah tak sabar-sabar nak raya nie. Irfan hampir setiap hari tanya "bila nak balik kampung", mirul lak asyik mengira di kalendar. Happy for them.
Posted by Picasa

Tuesday, August 9, 2011

Chocolate chip



Jom buat biskut nie raya nak....tak guna telur pun. rangup sangat. ala2 famous amos.

Bahan2nya:
250g buttercup (sebuku laaa)
3/4 cwn gula perang
2cwn tepung gandum-diayak
1 1/2 sudu kecil baking powder-diayak
1sudu kecil esen vanilla
1cwn chocolate chip (nora beli NONA punya RM5)
beli lebih ckit chocolate utk hiasan. nora beli yg bungkus k4 rm3. cukup.

Caranya:
Pukul butter dan gula perang sampai kembang.
masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan bahan diayak dan gaul sebati
masukkan pula chocolate chip dan gaul sebati.
sudukan atas loyang, jarakkan sbb akan mengembang. hias dgn chocolate chip.
bakar pada suhu 160c dalam 8-9minit.
bg sejuk ckit baru masuk bekat. masa panas dia lembut, mengeras bila sejuk.

Monday, August 8, 2011

Trifle ku



Trifle

Bahan2nya
kek secukupnya (butter/marble, susun dalam bekas, hiris kek nipis2, boleh buh dalam bekas puding atau magkuk kecil) nora buh dlm tupperware senang.
3sudu besar tepung kastard
1sudu besar gula
1cawan air
1tin susu cair
1tin buah2an dalam tin/ fruit in syrup (toskan dulu dan ketepikan airnya) nora guna ayam brand fruit cocktail
1kotak kristal jelly NONA (agar2) nora guna perisa strawberry

Caranya:
-bancuh tepung kastard bersama 1 cawan air dalam periuk. kacau sampai larut jgn berketul.
-masukkan gula, 1tin susu cair dan air sirap buah2an dalam tin. panaskan di atas api sederhana.
-kacai selalu hingga pekat dan likat. setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah di susun kek.
-ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek.
-susun buah-buahan dlm tin di atas adunan kastard.
-akhir sekali bancuh jelly mengikut cara di kotaknya. setelah larut tuangkan ke atas buah2an yg disusun sehingga menutupi buah yg disusun.
-masukkan dalam peti sejuk selama 2jam. hidangkan sejuk.




Friday, August 5, 2011

Daging goreng kunyit

1. Potong 2 biji bawang besar.
2. Tumis 1 biji bawang dan halia sikit, bila separuh garing, letak setengah sudu kecik serbuk kunyit.
3. Masukkan daging, biar air daging keluar dan goreng hingga naik minyak.
4. Bila dah naik minyak, kalau nak berkuah sikit tambah air biar mendidih dan letak satu lagi bawang besar.
5. dah boleh hidang. Gambar comot sebab amik gambar selepas selesai makan dah.

Jom masak 4 sahur




Satu lauk ni pun dah cukup 4 sahur dan boleh bertambah2 nasi.....
1. potong cilipadi, bawang kecil dan sdikit ikan bilis
2. goreng kesemua bahan hingga garing
3. bila dah garing tutup api dan letak kicap manis.
4. sedia untuk dihidang, tidak memerlukan garam atau tambahan perisa.

Wednesday, August 3, 2011

Salam.....

Salam semua... baru lepas bersahur, post entry satu sebelum nak solat subuh. Saja nak bagitahu diet nora and ayub punah di pagi sahur nie apabila nora masak nasi goreng ikan bilis cilipadi+daging. Ayub 3pinggan...nora 2pinggan. Aduyai.....
Bangun kul 4.30pg menggoreng nasi.... Amirul taknak nasi goreng so gorengkan ayam goreng ramly bagi kat dia 2ketul. licin nasi dia makan.
Semalam kat sekolah, amirul pening, cikgu bawa dia rehat kat bilik guru, cikgu tanya nak berbuka tak, dia ckp taknak. lepas rehat 30minit menurut kata amirul, dia pun balik ke kelas belajar cam biasa. Balik sekolah awal bulan puasa, kul 5.30ptg, balik sekolah semalam larat lak main bola. hish..hish2X. pastu dia request nak makan maggi kari meletup. masakkan laa jugak utk berbuka semalam. memang dia berbuka dengan maggi je.
Pagi tadi kejut amirul sahur kul 5pg, tiba2 ada suara.... "irfan taknak". Aik.....kejut org lain org lain yg menjawab. hehehehe
ok...thanks baca...love u all.

Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah..............

Syukur ke hadrat Allah SWT , yang memakbulkan doaku yang tak putus2 untuk anak2 dan suami. Sangat2 rasa syahdu apabila orang tak sempurna seperti aku yang amal ibadatnya kurang kesempurnaan dan masih banyak perlu belajar tetapi tetap dimakbulkan doanya. Alhamdulillah.

Penyakit hydrocele anakku yg ke 2 tiada lagi, keadaan anak ku itu normal, alhamdulillah. Takkan ku berhenti berdoa untuk kesihatannya.

Suami ku yang berkerja berstatus sementara, sekarang sudah tetap dan telah pun mendapat semua kebajikan utk pekerja tetap. Alhamdulillah.

Akan ku terus berdoa kepadaMu, Ya Allah.

Friday, July 8, 2011

Ayam masak merah Jawa dan Nasi Rempah Nora Style


Tajuknya sangat menyelerakan. Ok laaa....ramai no yg minta resepi so boleh laaa baca kat post nie senang. Siap ada gambar sekali. Tengahari tadi buat, Ayam masak merah jawa dan nasi rempah hanya mengambil masa 1jam. sesuai untuk mereka yang bekerja, balik umah masak untuk suami. Simple but special.


1st: Ayam digoreng macam biasa. Kalau boleh taknyah garing sangat nanti keras lak.

2nd: Blender serai, bawang besar, belacan dan cili kering. Nora nak simpan sikit so blend banyak sikit.

3rd: Tumis bahan blend tadi hingga naik minyak. Semasa menumis, letak asam keping sekeping.


4th: Pastu masukkan santan, ikut kecairan yg kita mahu.










5th: dah boleh masukkan ayam, garam dan serbuk perasa secubit. biar mendidih sikit dalam 5minit dan boleh dihidang. Ayam tu kalau taknak digoreng...direbus pun boleh, lagi lembut ayamnya.

NASInya PULAK












1. Ambil 1/2sudu rempah kari gaging dan 1/2sudu rempah kurma. Masa saya buat nie saya letak sesudu tapi terlalu rasa berempah...kurang sedap.
2. Campur sedikit air panas dan kacau.
3. Letak dalam periuk yang telah berisi beras dan air seperti biasa. buh garam sikit dan kacau. Kemudian masak nasi cam biasa.
4. Dah siap masak, boleh dihidangkan dan di makan bersama ayam masak merah jawa.


Monday, July 4, 2011

Alhamdulillah...Rezeki


Salam.... Hari nie bertambah lagi baby kat rumah. Maknanya bertambah rezeki dan bertambah busy. Hehehehee.

Hari ni 1st day baby Adawiyah dtg, harap2 baby adawiyah serasi laaa ya dengan mama nora. Cute sangat dan semangat betul Adawiyah nie. Jadinya Ammar dan Mira bertambah kawan lagi. Disebabkan Ammar dan Mira nie dah aktif campur lak ngan irfan yg overactive, so tak berani letak bawah baby nie. Letak dlm buai tapi tak berenjut sgt pun.

Ada 2 orang lagi nie nak hantar babynya, tapi rasanya 3 org nie pun tak terlayan. Tengoklah macam mana dulu. Semua nak cari babysitter yg dekat dengan rumah kan. Kawasan sini memang agak susah sikit. Taska ada tapi baby baru lepas pantang nie kesian lak tinggal dlm taska yang bising.

Ktrg sefamily memang happy sangat sebab dapat baby gegirl. Suka-suka-suka.

Thursday, June 30, 2011

My Chocolate Cup Cake

Hari nie Ahmad Irfan request kek coklat lagi. Kali nie buh dalam cup kertas.....comel cute je. Irfan pun senang nak makan.



KEK COKLAT KUKUS
{
2cwn gula halus, setin susu cair, 1cwn minyak kelapa/masak, telur 2biji} semua nie dipukul sekali.
{1cwn koko, 1 1/2 cwn tepung gandum, 1sudu teh soda bikarbonat, 1sudu teh baking powder} ayak 2 kali supaya tidak berketul.
Campur 2-2 adunan. Kacau supaya sebati.
Bubuh dalam bekas dan kukus 1 jam. Kalau buh dalam cup kertas. kukus 15minit je.
*tips: kalau takut ada bau t
elur...letak sikit esen vanilla

Tunggu...Kami nak pi lagi


Best sangat laaa sebab tu nak pi lagi ....pi mana??? Snowalk, I-city, Shah Alam laaaa... Bila?? Taktau lagi tapi memang nak pi sangat2.

Wednesday, June 29, 2011

Gold Slimming Detox Foot Patch Brand Jun Gong


Tak sabarnya nak kuruskan badan dengan Gold Slimming Detox Foot Patch Jun Gong. Kemungkinan besar hari jumaat nie sampai. Nak share sikit fungsi foot patch nie. Detox & Slimming Foot Patch ini adalah dihasilkan berdasarkan pada produk Detox Foot Patch, tetapi ditambah dengan kandungan tambahan yang memberikan kesan tambahan iaitu slimming function. Dengan patch ini, pengguna bukan sahaja akan dapat membuang toksin di dalam badan, tetapi dapat menjadikan badan pemakai lebih anggun dengan adanya fungsi pelangsingan. Ini bermakna toksin dan lemak berlebihan akan dikeluarkan melalui penggunaan Detox & Slimming Foot Patch ini.

BAHAN-BAHAN :

FOR SLIMMING
1. BLACK HAW : help to digest
2. FOLIUM SENNAE : help healing constipation
3. RHEUM OFFICINALE BAILL: cooling blood, help removing internal moisture, help to digest
4. MANGNOLIA OFFICINALIS : help to digest, help healing constipation
5. SODIUM SULFATE, ANHYDROUS: help healing constipation
6. COPTIS CHINENSIS: help to digest, help healing constipation and detoxing

FOR DETOXING
1. wood vinegar n bamboo venigar = absorb,detoxing
2. chitin n chitsan = anit-aging, immune, repairing body system
3. tourmaline= blood circulation
4. vegetable fibre = help digestion
5. minus ion powder = blood circulation
6. dextrin = absorb liquid

Tanda-tanda seseorang itu BANYAK toksin :
• Kerap sakit kepala .• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab. • Susah bangun tidur. • Bahagian keliling mata gelap. • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan,celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit .• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi. • Sinus. • Berat badan meningkat. • Kehadiran selulit. • Masalah jerawat dan banyak lagi.

FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX PATCH * Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki * Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga * Membuang angin dalam badan. * Mengurangkan allergic, sakit sendi, * Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja * Menormalkan tekanan dan aliran darah * Menguatkan sistem immune badan * Melegakan sakit tumit & tapak kaki * mengurangkan sembelit, Kembung perut * membantu masalah jerawat/resdung * Mengurangkan Diabetes, Kegemukan * Mengatasi masalah sukar tidur * Berpanjangan penggunaan ubat * Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dl * Menyegarkan ketika bangun dari tidur * Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok * membantu dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan.

tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Incoming Weekend yang busy

Jumaat nie keluarga nora dari perlis (mak, abah and shida) dtg KL menghantar adik (shida) practical di Elite Animation, Bandar Botanik, Klang. So mesti nak melepak2 dengan family kan. Dalam masa yang sama nenek and atuk ayub akan berpindah rumah dan hanya mengharapkan kami juga utk membersihkan rumah baru dan mengangkat barang. Hari angkat barang ahad. kemungkinan akan bersama mak and abah jumaat sabtu je. ahad tu nak kena tolong nenek lak.hmmmmm....

Thursday, June 23, 2011

SNOWALK I-CITY




Salam.... bila tgk my sibling semua update blog.... nora pun suka ler nak mengupdate. Saja nak cerita pasal snowalk sebab berbaloi ke sana.

Bila masuk sana dengan anak2, kita dpt tgk betapa excited nya anak2 nie tgk keadaan yang lain dari lain. Memang best, memang suggest bawa anak2. Seronok depa.
Happy Hour promotion (10am to 6pm)
Children : RM10 per entry Adult : RM15 per entry

Glove utk budak2 nak beli kat sana pun murah. Seelok2nya pergi sana pakai laa kasut and stokin...kalau tak kena beli stokin lak dan kena sewa boot. mesti tak best kan boot bekas2 org pakai tu.