Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah..............

Syukur ke hadrat Allah SWT , yang memakbulkan doaku yang tak putus2 untuk anak2 dan suami. Sangat2 rasa syahdu apabila orang tak sempurna seperti aku yang amal ibadatnya kurang kesempurnaan dan masih banyak perlu belajar tetapi tetap dimakbulkan doanya. Alhamdulillah.

Penyakit hydrocele anakku yg ke 2 tiada lagi, keadaan anak ku itu normal, alhamdulillah. Takkan ku berhenti berdoa untuk kesihatannya.

Suami ku yang berkerja berstatus sementara, sekarang sudah tetap dan telah pun mendapat semua kebajikan utk pekerja tetap. Alhamdulillah.

Akan ku terus berdoa kepadaMu, Ya Allah.

Friday, July 8, 2011

Ayam masak merah Jawa dan Nasi Rempah Nora Style


Tajuknya sangat menyelerakan. Ok laaa....ramai no yg minta resepi so boleh laaa baca kat post nie senang. Siap ada gambar sekali. Tengahari tadi buat, Ayam masak merah jawa dan nasi rempah hanya mengambil masa 1jam. sesuai untuk mereka yang bekerja, balik umah masak untuk suami. Simple but special.


1st: Ayam digoreng macam biasa. Kalau boleh taknyah garing sangat nanti keras lak.

2nd: Blender serai, bawang besar, belacan dan cili kering. Nora nak simpan sikit so blend banyak sikit.

3rd: Tumis bahan blend tadi hingga naik minyak. Semasa menumis, letak asam keping sekeping.


4th: Pastu masukkan santan, ikut kecairan yg kita mahu.










5th: dah boleh masukkan ayam, garam dan serbuk perasa secubit. biar mendidih sikit dalam 5minit dan boleh dihidang. Ayam tu kalau taknak digoreng...direbus pun boleh, lagi lembut ayamnya.

NASInya PULAK












1. Ambil 1/2sudu rempah kari gaging dan 1/2sudu rempah kurma. Masa saya buat nie saya letak sesudu tapi terlalu rasa berempah...kurang sedap.
2. Campur sedikit air panas dan kacau.
3. Letak dalam periuk yang telah berisi beras dan air seperti biasa. buh garam sikit dan kacau. Kemudian masak nasi cam biasa.
4. Dah siap masak, boleh dihidangkan dan di makan bersama ayam masak merah jawa.


Monday, July 4, 2011

Alhamdulillah...Rezeki


Salam.... Hari nie bertambah lagi baby kat rumah. Maknanya bertambah rezeki dan bertambah busy. Hehehehee.

Hari ni 1st day baby Adawiyah dtg, harap2 baby adawiyah serasi laaa ya dengan mama nora. Cute sangat dan semangat betul Adawiyah nie. Jadinya Ammar dan Mira bertambah kawan lagi. Disebabkan Ammar dan Mira nie dah aktif campur lak ngan irfan yg overactive, so tak berani letak bawah baby nie. Letak dlm buai tapi tak berenjut sgt pun.

Ada 2 orang lagi nie nak hantar babynya, tapi rasanya 3 org nie pun tak terlayan. Tengoklah macam mana dulu. Semua nak cari babysitter yg dekat dengan rumah kan. Kawasan sini memang agak susah sikit. Taska ada tapi baby baru lepas pantang nie kesian lak tinggal dlm taska yang bising.

Ktrg sefamily memang happy sangat sebab dapat baby gegirl. Suka-suka-suka.