Friday, May 22, 2009

Hai semua.....


Lama tak update semenjak pandai buka facebook. Nora lebih suka update facebook sbb banyak dpt comment so kiranya ada feedback kan.kan. sapa yang nak add nora my email nurafzan@yahoo.com

Last week kat Tesco ampang ada program animal adoption. My son 2 org nir dapatlah bergambar dengan diorang punya adoption animal. Suka laaa tu.

Thursday, March 12, 2009

not using streamyx anymore

Because of economy, kami decided to close streamyx account... so after this jarang laaaa nora nak update blog. Maybe start from middle of April dah tak leh bukak internet. Tengok lah nanti kalau ada pegi CC boleh lah update ckit2 kan.

Wednesday, March 11, 2009

Friday, March 6, 2009

ekonomi ktrg

Sejak bulan januari 2009 kami sekeluarga menghadapi masalah ekonomi meleset. Sebab kilang ayub mula mengurangkan waktu bekerja selain kilang tu dah pun mengurangkan pekerja. Bila kurang waktu bekerja, kurang lah elaun dan tiada lah OT. Gaji yang sblm nie boleh dapat 2500 and above sekarang nie nak dptkan 1500 pun susah.
Sebab tu laaa ktrg ada buat jualan kecil-kecilan jual kerepek. Minta tolong adik jualkan kat opis dia. Tapi tak berapa nak jalan. Tak tahu nak buat apa lagi.
Tgk orang lain shopping macam biasa jugak. Mgkn bukan semua rasa keadaan ekonomi yang lembap nie kan. Ktrg terasa sbb ayub kerja kilang.
start 23 march sampai 3 mei, kilang ayub hentikan operasi buat sementara. Mgkn masa tu dia nak pi cari kerja part time. Nora tahu dia pun pening gak. Tapi nak buat macam mana...
Tu yang nak balik kampung maulidur rasul nie minta adik yang nak bertunang tu support kalau tak nak korek mana lah duit. Simpanan ada lah sikit tapi sayang nak bawa keluar. Selagi cukup makan, duit simpanan tu biarlah dalam ASB.
tak boleh laaaa nak taip lagi...air mata dah bergenang. Tapi ayub tak pernah tunjuk di muka dia bahawa dia tgh hadapi masalah kewangan. Dia happy je. Duit tak de pun takpe yang penting happy. bersyukur dengan apa yang ada. Ini pun dah kira syukur. Bila tgk "BERSAMAMU" rabu lepas org tu duduk dekat pondok yang berdindingkan kain dan ada 15 org anak. 2 anak dia masuk universiti. bangga dgn diorang. Bila kita tgh fikir kita susah...selalulah ingat ada org lain yang lebih susah.

Monday, March 2, 2009

lama tak jenguk

kesian kat blog....lama dah tak post something. actually mula-mula pc buat hal.... pastu streamyx lak. sabar je lah. hari nie ayat dtg rumah sempat gorengkan bihun je kat dia. sorry ya ayat, ahmad irfan tu mengamuk nak tidur, tak dpt nak layan ko sgt. ayat pun nampak sarat dah tu. set bersalin amway tu ada cara-cara nak guna kat setiap kotak. ok.

Friday, January 9, 2009

Irfan 1st Birthday






4th january 2008 my 2nd son (ahmad Irfan) punya 1st birthday. Tapi ktrg buat majlis baca doa selamat on 3rd january. Majlis sederhana je, panggil nenek, atuk dan adik beradik ayub dan nora. Nora masak bihun soto. alaaa buat simple2 je.

Monday, January 5, 2009

1st day MIRUL @ Pre school

Tadi pagi kul 8 pergi bayarkan yuran amirul kat pre school sek. keb. taman kosas. Walaupun Amirul belum kenal sesapa lagi tapi dia tak nangis macam last year di tadika kemas. Menurut guru besar subject kat pre school nie sama macam subject murid darjah 1-6 cuma kat pra... dia ajar asas sahaja bagi semua subject. Harap amirul boleh improve. kalau baca tu yg jenis 2 suku kata tu boleh lah...kalau perkataan panjang2 belum boleh lagi. Hopefully dia dpt improve this year and dapat 1st class untuk standard 1.
Dekat pre school nie ada gak peperiksaan pertengahan tahun dan hujung tahun. dalam bulan 5 nanti ibu bapa ada perjumpaan dengan guru untuk bincang tahap anak masing-masing. So, kesimpulannya bagus jugak pre school nie walaupun bayaran hanya RM106.70 setahun.

Friday, January 2, 2009

TELUK BATIK, LUMUT 25 DISEMBER 2008








Krismas bercuti ke rumah Pak Su (Cu) di pengkalan TLDM, Lumut, Perak. Esoknya balik ke perlis pulak.