Monday, January 5, 2009

1st day MIRUL @ Pre school

Tadi pagi kul 8 pergi bayarkan yuran amirul kat pre school sek. keb. taman kosas. Walaupun Amirul belum kenal sesapa lagi tapi dia tak nangis macam last year di tadika kemas. Menurut guru besar subject kat pre school nie sama macam subject murid darjah 1-6 cuma kat pra... dia ajar asas sahaja bagi semua subject. Harap amirul boleh improve. kalau baca tu yg jenis 2 suku kata tu boleh lah...kalau perkataan panjang2 belum boleh lagi. Hopefully dia dpt improve this year and dapat 1st class untuk standard 1.
Dekat pre school nie ada gak peperiksaan pertengahan tahun dan hujung tahun. dalam bulan 5 nanti ibu bapa ada perjumpaan dengan guru untuk bincang tahap anak masing-masing. So, kesimpulannya bagus jugak pre school nie walaupun bayaran hanya RM106.70 setahun.

No comments: