Thursday, December 18, 2008

Birthday Hubby

Hari nie birthday Ayub... Dah belikan kek, masak kan tomyam. Tetiba bila tengahari dia tak nak makan...sedihnya, alasannya yang tak boleh diterima, "nak berdiet". Bila ajak dia..jom la makan, terus je dia jawab tak nak makan. Sampai nya hati dia buat macam tu...huk..huk. Sedih laaa ari nie

Wednesday, December 17, 2008

CUTI SAKAN






Baru nie laaa nak post... Raya aritu cuti sakan, bukan setakat cuti siap shopping, ribuan gak laaa habis. Antara aktiviti Raya:
1. Raya Pertama: Pergi tempat korban, ambil bahagian korban dan agih-agihkan ckit. Separuh lagi masak buat sup.
2. Raya ke dua: Masak untuk makan tengahari ramai2 dengan semua sedara2 yang berkumpul untuk pertunangan adik (diela) ptg tu. Hantar diela makeup dalam kul 1.30 tghari. Dalam kul 3 keluarga belah lelaki datang utk meminang. Ktrg hidangkan laksa kuala perlis.
3. Raya ke tiga: Pergi rumah sedara-sedara, makteh masak bihun sup dan nasi (dia pun korban gak), mak ngah minah (kakak mak) masak nasi makan ngan sup, Kak ina pun korban dia buat bihun sup.
4. Raya ke empat: Ktrg naik feri pukul 10pagi pergi ke langkawi. Punya lah susah cari hotel. tapi dpt gak chalet tepi pantai cenang. Rumah mak ndak ada tapi ayub nak duduk tepi pantai. Petang tu apa lagi turun ke laut laaaa.
5. Raya ke lima: Pagi tu mandi laut lagi lepas breakfast. than tengahari tunggu sepupu (dik A) dtg amik pi makan than shopping kat pekan kuah. Kedai yang terkenal Idaman Suri tu tutup lak sampai kul 3 sbb sembahyang jumaat. So sempat beli kat Ismail group jer tu pun Ismail group bukak kul 2.30ptg. Beli gak laaa periuk kaca casserole, sudu sampai 8 dozen. brg2 gamat dah beli kat kilang dia. actually harga kat kilang ngan kedai kat Ismail group tu sama je. Baik beli kat kuah je taknyah jalan jejauh. 3.30ptg naik feri balik ke kuala perlis.
6. Raya ke enam: Dalam kul 9 pagi, ktrg pergi shopping kat wang kelian. Lupa nak tukar duit thai sebab kat wang kelian shopping kat belah thailand, boleh masuk tanpa pass. Tapi diorang terima gak laaa duit malaysia. byk gak brg beli terutama periuk dan kuali. Cap Buaya asli tau, tebal. Lepas pi wang kelian ktrg singgah kat gua kelam, mandi manda, pastu pergi pulak ke padang besar. Sbb dah penat sgt, kat padang besar tu tak der beli apa pun cuma makan tomyam, mengancam betul tomyam dia.
7. Raya ke tujuh: Pukul 5 pagi kami bertolak dari perlis ke KL. Sampai kat gurun dalam kul 6 pagi, sembahyang, minum kejap. Dalam kul 7pagi singgah umah maksu shon kat Taman Ria Murni, sungai petani. Dalam kul 10.30 pagi pergi pulak Rumah Pak long Said kat sungai lalang, sungai petani. pukul 12 tghari bertolak ke KL. Sampai KL dalam Kul 5 ptg. Kepenatan.....

Saturday, December 6, 2008

BALIK KAMPUNG



Sekarang 11.45 pagi, nora baru je habis basuh fridge and bilik air. Nampak macam baru pulak fridge tu. Pukul 3 pagi esok dah nak bertolak ke Perlis. Agak sibuk raya nie sebab mak ada korban sikit, adik yang nombor 2 tu nak bertunang, Nenek ayub suh pegi umah paklong kat sg.petani, dia korban gak. Ingat nak jalan-jalan kat Langkawi sebab ayub cuti seminggu. Semuanya perancangan je, pergi ke tidak tengok keadaan. Semalam tepon mak, mak kata darah dia naik 200 something. adik yang no. 4 tu baru selesai pembedahan, appendiks, terpaksalah SPM di hospital. Macam2, semuanya memerlukan pengorbanan. Buat member2 semua, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.


Friday, November 28, 2008

BAJU RENANG MUSLIMAH


Semalam nora order baju renang muslimah D'safa. Tadi tengah hari sampai. Lagi cute dari tini punyer swimsuit. (tini jangan marah). Harga agak mahal ckit tapi berbaloi laaa. Nampak tahan lama. Tak sabarnya nak terjun kolam. Sebelum nie kalau kat hotel tu mcm takut je nak turun ke kolam, takut baju dipakai tak dibenarkan....... kali nie taknyah risau lagi.....waaaallllaaaaaauuuuppppuuun sebenarnya tak reti berenang. hahahahah

Hantaran Diela siap






Lega rasanya dah siapkan hantaran untuk diela. Kalau kita minat kerja tu.....rasa tak sabar-sabar nak buat dan tengok hasilnya. Harap-harap hantaran tu ok untuk majlis pertunangan adik (diela) pada Raya Haji ke 2 nanti.

Thursday, November 27, 2008