Wednesday, August 24, 2011

Peneram





Semalam tolong mak mertua buat kuih peneram....ada gak yang panggil telinga hindu. Disebabkan nora tolong cepat sikit siapnya. Bancuhan 2kilo tepung boleh siap dalam sejam lebih sikit je. Kalau mak mertua buat sesorang...makan masa 2hari hehehehehe. bukan apa bila penat bancuhan disimpan balik ke peti ais.
Prosesnya yg lambat adalah menggoreng. Tapi nora tak menggoreng tolong terap je....sampai tak terkejar lak mak mertua nak menggoreng. hehehehe
Minat nak buat ke??? bahan senang je. Gula merah sekilo dikeluarkan secawan dimasak ngan air 2cawan. bila dah hancur gula merah di bancuh dengan tepung beras satu kilo. pastu boleh dicanai dan diterap. Sukatan nie boleh dapat sehingga 2kilo kuih....kalau buat nipis2 lebih comel dan lebih banyak tapi lebih memenatkan.

Selamat Hari Raya 2011


Assalamualaikum.... Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya dan Hari kebangsaan. Agaknya ramai tak pakai baju melayu bendera malaysia....hehehehehe.
Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati ya. InsyaAllah, Kami sekeluarga akan berada di Perlis pada Hari Raya ke 2 disebabkan Raya pertama suami kena berkhidmat untuk negara. Kami redha dan tetap bersyukur dan akan menyambut raya dengan gembiranya untuk anak-anak.
Amirul dan Irfan dah tak sabar-sabar nak raya nie. Irfan hampir setiap hari tanya "bila nak balik kampung", mirul lak asyik mengira di kalendar. Happy for them.
Posted by Picasa

Tuesday, August 9, 2011

Chocolate chip



Jom buat biskut nie raya nak....tak guna telur pun. rangup sangat. ala2 famous amos.

Bahan2nya:
250g buttercup (sebuku laaa)
3/4 cwn gula perang
2cwn tepung gandum-diayak
1 1/2 sudu kecil baking powder-diayak
1sudu kecil esen vanilla
1cwn chocolate chip (nora beli NONA punya RM5)
beli lebih ckit chocolate utk hiasan. nora beli yg bungkus k4 rm3. cukup.

Caranya:
Pukul butter dan gula perang sampai kembang.
masukkan esen vanilla dan pukul lagi
masukkan bahan diayak dan gaul sebati
masukkan pula chocolate chip dan gaul sebati.
sudukan atas loyang, jarakkan sbb akan mengembang. hias dgn chocolate chip.
bakar pada suhu 160c dalam 8-9minit.
bg sejuk ckit baru masuk bekat. masa panas dia lembut, mengeras bila sejuk.

Monday, August 8, 2011

Trifle ku



Trifle

Bahan2nya
kek secukupnya (butter/marble, susun dalam bekas, hiris kek nipis2, boleh buh dalam bekas puding atau magkuk kecil) nora buh dlm tupperware senang.
3sudu besar tepung kastard
1sudu besar gula
1cawan air
1tin susu cair
1tin buah2an dalam tin/ fruit in syrup (toskan dulu dan ketepikan airnya) nora guna ayam brand fruit cocktail
1kotak kristal jelly NONA (agar2) nora guna perisa strawberry

Caranya:
-bancuh tepung kastard bersama 1 cawan air dalam periuk. kacau sampai larut jgn berketul.
-masukkan gula, 1tin susu cair dan air sirap buah2an dalam tin. panaskan di atas api sederhana.
-kacai selalu hingga pekat dan likat. setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah di susun kek.
-ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek.
-susun buah-buahan dlm tin di atas adunan kastard.
-akhir sekali bancuh jelly mengikut cara di kotaknya. setelah larut tuangkan ke atas buah2an yg disusun sehingga menutupi buah yg disusun.
-masukkan dalam peti sejuk selama 2jam. hidangkan sejuk.




Friday, August 5, 2011

Daging goreng kunyit

1. Potong 2 biji bawang besar.
2. Tumis 1 biji bawang dan halia sikit, bila separuh garing, letak setengah sudu kecik serbuk kunyit.
3. Masukkan daging, biar air daging keluar dan goreng hingga naik minyak.
4. Bila dah naik minyak, kalau nak berkuah sikit tambah air biar mendidih dan letak satu lagi bawang besar.
5. dah boleh hidang. Gambar comot sebab amik gambar selepas selesai makan dah.

Jom masak 4 sahur




Satu lauk ni pun dah cukup 4 sahur dan boleh bertambah2 nasi.....
1. potong cilipadi, bawang kecil dan sdikit ikan bilis
2. goreng kesemua bahan hingga garing
3. bila dah garing tutup api dan letak kicap manis.
4. sedia untuk dihidang, tidak memerlukan garam atau tambahan perisa.

Wednesday, August 3, 2011

Salam.....

Salam semua... baru lepas bersahur, post entry satu sebelum nak solat subuh. Saja nak bagitahu diet nora and ayub punah di pagi sahur nie apabila nora masak nasi goreng ikan bilis cilipadi+daging. Ayub 3pinggan...nora 2pinggan. Aduyai.....
Bangun kul 4.30pg menggoreng nasi.... Amirul taknak nasi goreng so gorengkan ayam goreng ramly bagi kat dia 2ketul. licin nasi dia makan.
Semalam kat sekolah, amirul pening, cikgu bawa dia rehat kat bilik guru, cikgu tanya nak berbuka tak, dia ckp taknak. lepas rehat 30minit menurut kata amirul, dia pun balik ke kelas belajar cam biasa. Balik sekolah awal bulan puasa, kul 5.30ptg, balik sekolah semalam larat lak main bola. hish..hish2X. pastu dia request nak makan maggi kari meletup. masakkan laa jugak utk berbuka semalam. memang dia berbuka dengan maggi je.
Pagi tadi kejut amirul sahur kul 5pg, tiba2 ada suara.... "irfan taknak". Aik.....kejut org lain org lain yg menjawab. hehehehe
ok...thanks baca...love u all.