Thursday, March 15, 2012

KL SENTRAL - ARAU with KTMB..... Syok habissss

9 Mac 2012 Jam 9.20mlm, itulah yang tertulis di tiket keretapi kami dengan pilihan coach katil. Anak sangat excited nak naik keretapi. Tertunai sudah hasrat nak bawa anak2 naik keretapi ke kampung.


Ehhh....diorang pulak pose dulu yek. hehehehe. Thanks teman kitorang check in. Terpinga-pinga gak kitorang. Nasib dila dah terer. hahahaha



Terpinga-pinga zafryn, "tempat apakah ini?"




Amirul terus landing di katil bawah. Kitorang dapat 1 katil bawah dan 1 atas. Mula2 nak ambil 2-2 katil bawah tapi habis. Katil bawah harganya RM54 dan katil atas RM46. Atas nie pemandangan di katil bawah.




Irfan pula posing kat katil atas. Mula2 masuk keretapi nie punya laaa dia takut. Selamat bila keretapi jalan, dia ok, happy je.



Nyenyak Irfan tidur.



Boleh bangun kul 4pg nak makan.....nasib laaa mamanya rajin tau bawa bekal.






Inilah orangnya yang bertanggungjawab atas semua perbelanjaan...hehehehe. thanks






Bila dah pagi...saat yang paling best tgk pemandangan. Cantik sangat. Irfan pun terpegun gitu.




Yeeehaaaa.... dah sampai Arau, Perlis. Irfan memang tak suka dengar bunyi keretapi bergerak. Nasib baik dari dalam bunyi nya tak kuat.



Sampai je ktrg breakfast dulu dekat kedai Mek Siti Kantin KTMB Arau. Memang sedap terutamanya nasi dagang dia. Nora makan nasi dagang + nasi kerabu, Telur mata dan sambal ikan sardin=RM3.50. Ok puas hati.

Sunday, March 4, 2012

AROMA IKAN BAKAR, PANTAI JERAM : TERIMA KASIH BUAT CIKGU FAISAL, CIKGU ASRAH SEKELUARGA


Salam, waahhhhh kul 2.40pg post blog gitu.... Sebenarnya baru balik dari Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. Terima kasih buat Cikgu Faisal dan Cikgu Asrah yang merealisasikan plan belanja makan kat sini. Semoga korang dimurahkan rezeki lagi yer. Bukan setakat belanja makan siap tol sepanjang perjalanan semua dibayarnya. Ktrg jenuh cari tol lain daripada duduk belakang keta diorang tapi satu kaunter tol jek bukak kebanyakkannya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 20minit dari ampang. Kami guna Highway LATAR dengan tol RM12 pergi dan balik. Sampai sana tadi dalam pukul 10.10mlm, orang ramai tak tahu nak citer dah. Dah tentu tempat pun penuh.


Last-last dapat jugak tempat di atas, tapi tak berkemas. Husband nora, Ayub dan Cikgu Faisal pergi pilih lauk. Pastu ayub datang tanya nombor meja....jenuh cari takder nombor pun. Ayub cam tak puas hati jek ngan tempat tu....dia try gi tgk pondok buluh. kena extra caj RM10. dapat laaa pondok bawah nie.



Duduk bersila laa kami makan. Kitorang bawa mak ngan azam sekali. Saja tukar angin makan seafood lak kan.



Ini antara yang diorder tadi....Paling sedap kuah ketam tu...kuah jek. Butter prawn pun ok. Yang sebelah ketam tu ktrg tak pernah makan. 1st time makan ok laa...liat2 sikit macam ekor mentarang tu. namanya Siput Pahat @ Pepahat @ nama omputehnya Bamboo Shell.

Atas nie laaaa yang dipanggil siput pahat.



Bila time makan takder masa laaa nak snap2 gambar. Kitorang makan sampai licin semuanya. Tiada pembaziran langsung. Lapar ke hapa daaaa.....sebenarnya saja bagi pekerja nya senang kemas. Sebab nampak muka pekerja2nya dah kepenatan.



Ini je gambar cikgu faisal yang dapat disnap. heheheh jangan marah letak gambar nie yek.


Cikgu Asrah yang berbaju kuning.....tengah pregnant tu. Lepas kekenyangan, amik angin di tepi pantai kononnya....tapi tak nampak pun lautnya...jauh nun di sana... Punya laaa amik angin sampai berangin lak perut.


Cikgu Asrah ngan mak mertua.

Ok...layan gambar budak2 nie yer. Amirul, Qesteena, Irfan, Ammar and Azam.

















Masa nak pergi tadi dah tanya ayub...nak bawak kamera tak. Dia kata taknyah guna kamera handphone je... dah malam2 cam tu. gini je laaa hasil gambarnya.