Sunday, March 4, 2012

AROMA IKAN BAKAR, PANTAI JERAM : TERIMA KASIH BUAT CIKGU FAISAL, CIKGU ASRAH SEKELUARGA


Salam, waahhhhh kul 2.40pg post blog gitu.... Sebenarnya baru balik dari Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. Terima kasih buat Cikgu Faisal dan Cikgu Asrah yang merealisasikan plan belanja makan kat sini. Semoga korang dimurahkan rezeki lagi yer. Bukan setakat belanja makan siap tol sepanjang perjalanan semua dibayarnya. Ktrg jenuh cari tol lain daripada duduk belakang keta diorang tapi satu kaunter tol jek bukak kebanyakkannya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 20minit dari ampang. Kami guna Highway LATAR dengan tol RM12 pergi dan balik. Sampai sana tadi dalam pukul 10.10mlm, orang ramai tak tahu nak citer dah. Dah tentu tempat pun penuh.


Last-last dapat jugak tempat di atas, tapi tak berkemas. Husband nora, Ayub dan Cikgu Faisal pergi pilih lauk. Pastu ayub datang tanya nombor meja....jenuh cari takder nombor pun. Ayub cam tak puas hati jek ngan tempat tu....dia try gi tgk pondok buluh. kena extra caj RM10. dapat laaa pondok bawah nie.



Duduk bersila laa kami makan. Kitorang bawa mak ngan azam sekali. Saja tukar angin makan seafood lak kan.



Ini antara yang diorder tadi....Paling sedap kuah ketam tu...kuah jek. Butter prawn pun ok. Yang sebelah ketam tu ktrg tak pernah makan. 1st time makan ok laa...liat2 sikit macam ekor mentarang tu. namanya Siput Pahat @ Pepahat @ nama omputehnya Bamboo Shell.

Atas nie laaaa yang dipanggil siput pahat.



Bila time makan takder masa laaa nak snap2 gambar. Kitorang makan sampai licin semuanya. Tiada pembaziran langsung. Lapar ke hapa daaaa.....sebenarnya saja bagi pekerja nya senang kemas. Sebab nampak muka pekerja2nya dah kepenatan.



Ini je gambar cikgu faisal yang dapat disnap. heheheh jangan marah letak gambar nie yek.


Cikgu Asrah yang berbaju kuning.....tengah pregnant tu. Lepas kekenyangan, amik angin di tepi pantai kononnya....tapi tak nampak pun lautnya...jauh nun di sana... Punya laaa amik angin sampai berangin lak perut.


Cikgu Asrah ngan mak mertua.

Ok...layan gambar budak2 nie yer. Amirul, Qesteena, Irfan, Ammar and Azam.

















Masa nak pergi tadi dah tanya ayub...nak bawak kamera tak. Dia kata taknyah guna kamera handphone je... dah malam2 cam tu. gini je laaa hasil gambarnya.

No comments: