Friday, July 8, 2011

Ayam masak merah Jawa dan Nasi Rempah Nora Style


Tajuknya sangat menyelerakan. Ok laaa....ramai no yg minta resepi so boleh laaa baca kat post nie senang. Siap ada gambar sekali. Tengahari tadi buat, Ayam masak merah jawa dan nasi rempah hanya mengambil masa 1jam. sesuai untuk mereka yang bekerja, balik umah masak untuk suami. Simple but special.


1st: Ayam digoreng macam biasa. Kalau boleh taknyah garing sangat nanti keras lak.

2nd: Blender serai, bawang besar, belacan dan cili kering. Nora nak simpan sikit so blend banyak sikit.

3rd: Tumis bahan blend tadi hingga naik minyak. Semasa menumis, letak asam keping sekeping.


4th: Pastu masukkan santan, ikut kecairan yg kita mahu.










5th: dah boleh masukkan ayam, garam dan serbuk perasa secubit. biar mendidih sikit dalam 5minit dan boleh dihidang. Ayam tu kalau taknak digoreng...direbus pun boleh, lagi lembut ayamnya.

NASInya PULAK












1. Ambil 1/2sudu rempah kari gaging dan 1/2sudu rempah kurma. Masa saya buat nie saya letak sesudu tapi terlalu rasa berempah...kurang sedap.
2. Campur sedikit air panas dan kacau.
3. Letak dalam periuk yang telah berisi beras dan air seperti biasa. buh garam sikit dan kacau. Kemudian masak nasi cam biasa.
4. Dah siap masak, boleh dihidangkan dan di makan bersama ayam masak merah jawa.


No comments: