Thursday, January 26, 2012

Suri rumah Sebagai Profesion

Cerita nie saya copy paste utk renungan bersama. Saya sering disinis sebab memilih suri rumah sebagai profession. Ada juga yang meminta saya bekerja kembali. ada juga yang berkata pada saya, saya tak tahu bekerja penat tak sama macam menguruskan rumahtangga. Bukan saya takpernah bekerja. Saya tahu macamana keadaannya. Apa yang penting bagi saya anak-anak. Mereka terkawal di bawah jagaan saya. Pakaian mereka bersih.

-->Walaupun tugas suri rumah sering dipandang sinis oleh sesetenga golongan tetapi ianya merupakan suatu profesion. Cuba kita kenang kembali sejak kecil sehingga dewasa, sudah banyak borang yang diisi oleh kita. Bermula daripada sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah entah berapa banyak borang yang perlu diisi dan mengandui ruangan perkerjaan ibu. Selalunya bagi anak yang mempunyai ibu yang tidak berkerja, mereka akan mengisi perkerjaan ibu mereka sebagai suri rumah. Jarang sekali kita melihat ruangan perkerjaan ibu sebagai tidak berkerja.

Pernah saya bertemu dengan seorang teman daripada Yaman yang ingin menyambung pelajaran di peringkat Ph.D ditempat saya berkerja. Secara kebetulan dia tersilap mencari pejabat pendaftaran sehingga sampai ke pejabat saya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Moosa, guru Bahasa Inggeris di Yaman. Apabila ditanya apakah perkerjaan isterinya, dia menjawab isterinya berkerja sebagai suri rumah. Saya berkata kepadanya yang isterinya tidak berkerja. Dengan pantas dia menjelas tugas seorang isteri bukan berkerja mencari nafkah, tetapi kerjanya menghiburkan suami selepas penat berkerja. Baginya agak memalukan sekirnya isterinya berkerja kerana kudrat yang ada pada dirinya mampu untuk menyara keluarga.

Budaya Berbeza

Budaya yang di amalkan oleh Moosa ini tidak berlaku dalam masyarakat negara kita. Sekiranya terjadi sekalipun, mungkin dalam kalangan orang yang berada. Misalnya apabila suami sudah mempunyai pendapatan yang kukuh, isteri diminta menjadi suri rumah untuk menguruskan rumah tangga.

Tetapi ada juga yang masih memilih untuk berkerja kerana budaya di dalam negara kita menggalakkan golongan wanita untuk berkerja. Berkerja untuk mengembangkan lagi produktiviti negara dan keduanya bagi menambah pendapatan keluarga.

Sekiranya isterinya tidak berkerja, bagi masyarakat awam kebiasaanya agak sukar untuk membina kehidupan dengan selesa. Ini kerana pendapatan suami biasanya tidak mencukupi bagi menanggung kos sara hidup yang kian meningkat dari hari ke hari. Oleh itu, tujuan untuk isteri berkerja adalah untuk membantu suami bagi mengukuhkan sumber keewangan keluarga.

Suami Perlu Bijak Menghargai Isteri

Tidak dinafikan mungkin ada isteri tidak pernah merungut berkenaan kerja-kerja rumah yang dilakukannya, suami seharusnya menghargai sumbangan besar ini. Isteri melakukannya kerana “cinta tanpa syarat”. Isteri tidak pernah mengukur berapa banyak khidmat yang diberikan, kerana mereka sering berfikir hanya untuk memberi. Intense love does not measure, it just givse.

Untuk para suami, sewajarnya pengorbanan isteri melakukan kerja yang jauh lebih berat ini dihargai sebaiknya. Seorang isteri bukannya mengharapkan sebarang balasan, tetapi tidak salah untuk seorang suami memberikan ganjaran. Apabila ditanya apakah pekerjaan isteri, jawablah isteri saya seorang suri rumah yang mejalankan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.

1 comment:

UmmiAbi said...

Setuju sangat2.. Aceli ramai orang dah realize pasal perkara ni. Dekat laman web, blog n fb pun lau ibu suri rumah dh x panggil housewife.. Diorang dah tukar istilah SAHM(stay at home mom) or WAHM(work at home mom). coz ibu2 yang jadi suri rumah sekarang ni amat dihargai coz tugas diorang lagi mencabar sebenarnya.. Like me,as a carrier mom, also SAHM on weekend.Mak aii,rasenye weekend tu penat sgt jadi surirumah..masak lg,basuh bju,sidai,angkat n lipat..Jaga anak.. Lau ari bekerja,leh gak tido time rehat..ye dak?hehe..pepun,saya salute kt SAHM & WAHM ni.Kaknor 2-2 lah kan?Suri rumah pun ye,keje kt umah pun ye..hehe.. Moga Allah permudahkan segala urusan..Amin