Friday, June 8, 2012

CAMERON HIGHLAND 4-5JUNE 2012


Kami Sekeluarga di Cameron Highlands 4-5 June 2012

Nak cerita trip kami sekeluarga ke Cameron Highland pada 4 June 2012. Kami tidur satu malam sahaja di Parkland Apartment. Family Nora, Diela dan Fara dari KL, manakala mak, abah, nasrul dan shida dari Perlis. Perjalanan kami dari KL yang di rancang pada jam 6pagi telah menjadi jam 8pg. Sarapan pagi tu ala kadar sahaja roti dan air kopi. Kami singgah di RnR Rawang untuk makan berat sikit, tapi kebanyakannya tak menyelerakan. Kami bedal nasi lemak bungkus je. Akhirnya sampai dekat Tol Simpang Pulai Kad Touch n Go hilang. Kami kena ke Ipoh utk mendapatkan kad baru. Masa tu mak ngan abah ada di tol simpang pulai, dan kami minta diorang teruskan sahaja perjalanan naik ke atas cameron.
Pemandangan dari tingkat 4, Parkland Apartment

Sampai sahaja di Brinchang, Cameron semua nak kuar dari kereta utk meregang2kan tangan dan kaki. Almaklumlaaaa jalan naik ke atas sangat laaa JEM. huhuhuhu. Ada yang pergi solat dahulu. Nora dah niat jamak takhir, so solat time sampai apartments.
Kepenatan masa nie
Zafryn jer yang tak penat2. Wafa pun tengok pelik. hehehe

Bila semua dah berkumpul kembali, kami teruskan ke Parkland Apartment, Dila uruskan check in nya, skali dapat tingkat 4. Nak naik tu adoiyaiiii tapi pemandangan dari tingkat 4 sangat best. Dila tempah Parkland Apartment nie dengan Groupon dapat murah RM280 tak salah. Pemandangan luar Apartment dan bangunan Apartment tu sendiri pun sangat menarik dan cantik. Apartment nie ada 3 bilik dan yang bestnya setiap bilik ada bilik air, taknyah berebut ya. Apartment nie sangat luas, bilik pun luas. Master bedroom ada 2 katil queen dan dua lagi bilik ada 2 katil single. Kalau kitorang dapat kat tingkat 1 atau groundfloor, apartment nie sgt perfect. Sampai2 masuk bilik, pilih bilik masing2 terus sediakan makan. Semua dah lapar. Nora buat rendang ayam tua, mak bawak sambal ikanbilis petai dan ikan gelama masam goreng ngan bawang. Sedap sangat. Nasi ngam2 je. Yang nak tambah 3/4 kali memang tak boleh laaa.....ngam2 perut je. malam nanti pulak isi lain ya.

Bilik nie ada 2 katil queen
zafryn tgk apa tu???
irfan dan cu ol nya
mirul melayan zafryn














Selesai solat semua, dalam jam 5.30ptg ktrg jalan2 ke arah Tanah rata dan ke atas. Kami singgah Ladang teh Cameron Valley.


Wafa tido je......









 
Nak mendaki sampai ke mana lagi nie....

 
 Ladang Teh Cameron Valley


dan Smokehouse hotel & restaurants. Sesi bergambar yg dahsyat berlaku. memang bergambar sakan. Setiap penjuru nak bergambar.


SMOKEHOUSE

Balik dari Smokehouse terus ke pasar Malam Brinchang. Orang ramainya. Paling ramai kat bahagian makanan sbb diorang nak beli dinner agaknya. Ayub ngan abah tak ikut ktrg. Diorang berdua-duaan berjalan ptg tu. Ayub beli sotong goreng tepung, Udang goreng tepung dan pedal goreng tepung. Berapa agaknya tu harganya....haiiii ada ke beli makanan laut atas gunung memang mahal laa.... satu bekas polisterene tu RM10, so 3 bekas dah RM30. huhuhuhu. Abah belikan minyak masak, beras dan telur. So balik je dari Pasar malam, mak masak nasi, nora pun goreng telur dan panas kan semua lauk2 tengahari tadi. Dila ngan fara buat apa yek.....hehehe jangan marah. Maklum laa diorang ada anak kecik kan. takper bg korang can relak yek.
Irfan suka sangat strawberry coklat


Lepas makan terus ngantuk, memang tidur lena sampai tak sediakan tempat utk ayub tidur. dia cari port sendiri, hampar sendiri. pagi tu merajuk cakap tak pedulikan dia....elehhh biasa laaa dia merajuk manja, faham dah. Bangun pagi tu sembahyang subuh. sembang2 ngan mak kat balkoni, terus kami sediakan sarapan. Pagi tu sarapan Nasi goreng telur, keledek rebus dan roti. Lepas tu ktrg mula mengemas2 nak checkout awal sbb nak singgah semua tempat ontheway balik tu. Mak sempat lagi minta pelbagai jenis pokok dekat pekebun apartment tu.

Ontheway balik pun Jem, ktrg singgah Uncle Sam Farm, Kea Farm, S'corner Strawberry farm.....sbb yg bawa kereta tu lelaki dan tak minat bunga diorang tak singgah pun rose valley. Mak yang nak sgt ke rose valley tu. Keadaan jem buat kami penat, nak cari barang dan nak singgah banyak2 tempat pun penat sgt. Last skali sebelum turun pergi Al-mashoor strawberry.

Ayub dapat gak pujuk abah dtg Kl dulu, so abah memang ikut ktrg skali balik KL. Ktrg makan tengahari di RnR Tapah. Ramainya org, semua pun baru balik cameron keee.... bila dah ramai tu ada yg berebut tempat duduk sampai marah2. huhuhu.

Kami sampai rumah dah kul 7mlm, ayub order bungkus je makan. balik rumah masak nasi, goreng sayur cameron.

Esok tu abah, mak, shida dan nasrol gerak balik perlis dalam pukul 12.30tghari. Diorang sempat mandi manda di Lata kijang. tak aci tul. Lewat jugak laaa diorang sampai ke Perlis.

Memang enjoy sangat percutian pertengahan tahun kami. Seronok pergi ramai2, macam2 kerenah, layan je semua.


2 comments:

UmmiAbi said...

Alhamdulillah..memang enjoy sgt.. Rasa segar sket minda berada kt ats tu..Serius, langsung x ingat kje..hehe. Di kesempatan ini, nak bertrima ksh ye buat bonda & my dear sis...byk tlg & memudahkan urusan lebih2 bab masak.Lgpun kitorang serahkan pada yg pro..heh~ Kang bg sy n kakngah masak, ramai ajak kuar mkn kedai..hehe. Tp mang sedap kaknor n mak masak..(Next trip nt masak lg ye...kekeke)

My Family So Sweet said...

knor nyer rendang tak jadi....patutnya kalau dah guna multicooker tu taknyah masak lama2. silap2. sampai hancur ayam pencen tu. next trip masak lagi...ok jek.