Sejak bulan januari 2009 kami sekeluarga menghadapi masalah ekonomi meleset. Sebab kilang ayub mula mengurangkan waktu bekerja selain kilang tu dah pun mengurangkan pekerja. Bila kurang waktu bekerja, kurang lah elaun dan tiada lah OT. Gaji yang sblm nie boleh dapat 2500 and above sekarang nie nak dptkan 1500 pun susah.
Sebab tu laaa ktrg ada buat jualan kecil-kecilan jual kerepek. Minta tolong adik jualkan kat opis dia. Tapi tak berapa nak jalan. Tak tahu nak buat apa lagi.
Tgk orang lain shopping macam biasa jugak. Mgkn bukan semua rasa keadaan ekonomi yang lembap nie kan. Ktrg terasa sbb ayub kerja kilang.
start 23 march sampai 3 mei, kilang ayub hentikan operasi buat sementara. Mgkn masa tu dia nak pi cari kerja part time. Nora tahu dia pun pening gak. Tapi nak buat macam mana...
Tu yang nak balik kampung maulidur rasul nie minta adik yang nak bertunang tu support kalau tak nak korek mana lah duit. Simpanan ada lah sikit tapi sayang nak bawa keluar. Selagi cukup makan, duit simpanan tu biarlah dalam ASB.
tak boleh laaaa nak taip lagi...air mata dah bergenang. Tapi ayub tak pernah tunjuk di muka dia bahawa dia tgh hadapi masalah kewangan. Dia happy je. Duit tak de pun takpe yang penting happy. bersyukur dengan apa yang ada. Ini pun dah kira syukur. Bila tgk "BERSAMAMU" rabu lepas org tu duduk dekat pondok yang berdindingkan kain dan ada 15 org anak. 2 anak dia masuk universiti. bangga dgn diorang. Bila kita tgh fikir kita susah...selalulah ingat ada org lain yang lebih susah.